Pengenalan asas Firmware Android

Apa itu android Firmware? android Recovery? dan Root Access? Klik disini untuk membaca dengan lebih lanjut.
Gambar 1

Apa itu Android Firmware?

Seperti yang kita sedia maklum tahu, semua alat peranti mempunyai firmware yang tersendiri. Sebagai contoh Playstation, Xbox & lain-lain. Firmware seperti ini dalam konteks “Interlocking“. Firmware secara asasnya adalah dalam format “Readable” & dipanggil “ROM (Read Only Memory). Maksudnya firmware ini memerlukan “Special Tools” untuk akses & modification. Tidak seperti Android Firmware. Ia adalah satu “Writable” program yg dimuatkan secara keseluruhan sebagai Operating System dalam smartphone NAND Flash Memory. Tetapi masih lagi dipanggil sebagai ROM kerana strukturnya sebagai satu firmware.

Kandungan Android Firmware?

Struktur Android Firmware secara priority nya mempunyai dua “Closed Source” file iaitu Bootloader & Vendor firmware (x.Bin Firmware).

Bootloader:

Salah satu kunci komponen dalam Android Firmware yang menentukan bagaimana sesebuah peranti itu berfungsi apabila ia dihidupkan. Apabila peranti dihidupkan, Tugas Bootlaoder adalah untuk memeriksa tiap-tiap komponen dalam Android Firmware & hardware melepasi checkpoint security yang dipanggil OEM Key (Hash Binary Key). Secara natijahnya, Kita masih boleh flash Android Firmware melalui beberapa Flash Tool tidak kira ianya Official mahupun Unnofficial. Sebagai contoh ODIN utk Samsung, SP Flashtool untuk MediaTek devices & MSMTools untuk Qualcomm Snapdragon Devices.

Gambar 2

Tidak semua manufacture meletakkan OEM key sebagai “Permenant“. Ia boleh di ubah dengan cara “Unlock Bootloader” & Semua ini boleh di akses dengan menggunakan cara command prompt dengan menaip “Fastboot oem unlock“.

Vendor Firmware:

Merangkumi beberapa set file seperti Radio, Tz, Logo, Persist & etc. Kita ambil contoh Radio Firmware. Tahukah anda firmware seperti ini mempunyai processor nya yg tersendiri. Ia dipanggil ‘Baseband Processor” dan di dalam konteks RTOS (Real Time Operating System). Ia bukan nya “Virtual” seperti lain-lain komponen dalam Android Firmware. Ditugaskan untuk mengklasifikasikan sesuatu rangkaian dalam bentuk 2G,3G & LTE. Membenarkan panggilan masuk & keluar serta pengaktifan data internet.

Memahami Android Firmware dari segi “Builds

Android builds adalah sebuah set dari Android Firmware yang dibuat dari Android Open Source Program (AOSP). Satu-satunya set yang kita boleh membuat modifikasi sebelum kita flash melalui flashtool mahupun recovery.

Basic Android Builds (File Structure Inside Zip) :

Nama Firmware zip (nama_build.zip)

Gambar 3: OnePlus Android Build

META-INF

  • Mengandungi Script, OEM key, Hash Key (Binary) & Certification dari manufacture untuk sesuatu peranti.

Firmware

  • Set file mengandungi kemaskini dari manufacture untuk implikasi Android Firmware.

Android-Info.txt

  • Segala version number dari Board, Bootloader & Baseband dimuatkan dalam set folder ini untuk memudahkan segala perjalanan update script.

Boot.img

  • Binary file yang mempunyai Linux Kernel & Ramdisk dalam konteks GZIP archive. Boot.img atau kernel adalah file dalam kategori executable ZImage yang boleh digunakan oleh Android Bootloader.

System.New.Dat

  • Ia adalah satu partition image yang akan disangkutkan dalam partition “System” device anda sebelum ianya di flash melalui recovery. Dahulu ia dikenali sebagai “System.img” tapi semenjak teknologi Android version meningkat dari semasa ke semasa maka ia dinaik taraf kepada System.New.Dat. Tahap compress & reading x.Dat file adalah 60% lebih pantas dari x.img. Segala kandungan binary seperti system apps, fonts, libaries, framework, JAR framework, media codecs, & banyak lagi. Set file ini paling banyak dimodifikasi oleh developer & user untuk menepati citarasa mereka sendiri kerana dalam System.New.Dat atau .img mempunyai “Sampah” a.k.a “Bloatware” dari manufacture yang memang patut dibuang.

System.Context.Dat

  • Barisan coding atau “Dump” file dari penghasilan Android Firmware melalui proses “Compiling“. Context file ini boleh dikira sebagai jambatan verifikasi bagi segala binary, drivers, firmware dalam satu-satu Android Firmware.

Apa itu Android Recovery?

Konsep Recovery.img adalah sama seperti Boot.img & mempunyai executable kernel file yang boleh digunakan oleh Bootloader dalam proses verifikasi. Android Recovery adalah sangat unik dimana ia akan duduk di tempat kedua di bawah Bootloader apabila satu-satu peranti android dihidupkan. Ia memerlukan kata kunci secara akses fizikal (Power + Volume + Home Button). Mempunyai operating system nya yang tersendiri tapi ianya sangat-sangat limited seperti flash/install new firmware, wipe userdata, wipe cache, ADB sideload & lain-lain.

Gambar 3

Bagi TWRP Recovery pula, Ia adalah dalam kategori “Custom Recovery” di mana user boleh flash hampir kesemua zip file yang mempunyai “META-INF”. Menu-menu dalam TWRP juga lengkap untuk user melakukan proses backup & restore serta terminal access.

Apa itu Root Access?

Salah satu kedudukan dimana sesebuah device adalah 100% accessible dari sudut peranti Android dalam running state atau dihidupkan. Sesebuah system apps, Normal apps atau module akan meminta Root Access dari Android System untuk menjalankan tugas serta tasking. Dari situ lah apps SuperSU atau Superuser wujud untuk memberi kebenaran kepada apps & module ini.

Gambar 4

Root access hanyalah sebuah binary yang di modifikasi dalam Android Firmware melalui Kernel & System folder. Selebihnya adalah tugas Root Access apps seperti SuperSU & Superuser.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email